TEKNOLOGI GENETIK DALAM ISLAM
rujukan
Sila_Tekan_SINI
IMPLIKASI PENGHASILAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI GENETIK SECARA BERETIKA
- Kejuruteraan genetik banyak membantu mencipta tumbuhan transgenik iaitu kacukan spesies tumbuh-tumbuhan yang berbeza.
- Kebiasaannya ubat-ubatan atau teknik kejuruteraan dijalankan bagi meningkatkan kuantiti dan kualiti dalam bidang tertentu.
- Walau bagaimanapun penciptaan tumbuh-tumbuhan secara genetik bermakna penciptaan spesies tumbuh-tumbuhan yang berbeza sama sekali.
- Tumbuh-tumbuhan secara genetik tahan dengan perosak juga mencipta kerosakan kepada beberapa serangga lain.
- keupayaan kejuruteraan genetik adalah untuk mengubati penyakit dan kesihatan adalah manfaat yang besar.
IMPLIKASI PENGABAIAN ETIKA TERHADAP PENGHASILAN DAN PENGGUNAAN TEKNOLGI GENETIK
- Seandainya kemajuan sains dan teknologi di bidang genetik ini tidak dibataskan, maka bayangkanlah kerosakan yang akan dibawanya.
- Akan timbul masalah-masalah masyarakat, seperti anak yang mempunyai dua ibubapa.
- disamping itu terdapatnya wanita-wanita yang kerjanya hanyalah mengambil upah untuk mengandungkan anak untuk orang lain.
- dan akan wujud pula binatang yang mempunyai perasaan dan tabiat seperti manusia ataupun sebaliknya.
rumusan
Walaupun manfaat kejuruteraan genetik semakin meluas diperkatakan, tetapi impaknya tidak diketahui secara keseluruhannya.
Secara etikanya, adalah salah untuk meneruskan kejuruteraan genetik. Berdasarkan hujah-hujah yang dikemukakan,
adalah tidak sesuai untuk manusia mengubah dunia dengan cara yang tidak boleh diubah dan radikal. Orang ramai perlu
dimaklumkan tentang risiko dan manfaat kejuruteraan genetik.
Secara keseluruhannya, kejuruteraan genetik mendatangkan kebaikan jika digunakan kearah kebaikan dan akan menimbulkan kesan yang buruk jika teknologi ini disalahgunakan untuk tujuan keuntungan. Pelanggaran etika akan menjejaskan sumbangan kejuruteraan genetik dalam kesejahteraan,
kesihatan dan kemajuan bidang-bidang berkaitan. Ilmu semasa, kajian terperinci dan penyelidikan lengkap perlu
dibuat untuk mengesan kelemahan teknologi ini agar tidak menjejaskan kesihatan manusia, kelangsungan ekosistem
dan genetik haiwan, tumbuhan dan manusia secara keseluruhannya.
rujukan
Sila_Tekan_SINI
Dari kiri kekanan berbaju kelabu : Mohamad Arifuddin, Muhammad Azamuddin, Syahril Azriee, Muizzuddin